Part 18
“Hakim!” Jerit Raisya. Hakim
melajukan langkahnya.
“Hakim! I panggil you ni!” Jerit
Raisya lagi.
Hakim buat tak dengar. Dia
meneruskan langkahnya keluar dari kawasan Fakulti Kejuruteraan, Universiti
Malaysia Sarawak.
“Hakim!! You pekak ke apa?” Raisya mula bengang. Langkah Hakim terhenti. Segera
dia memalingkan tubuhnya memandang Raisya yang tergedik-gedik mengejarnya.
“You
nak apa?” Hakim bertanya bengang.
“Oh hello! Sekarang ni pandai pulak you
tanya I nak apa?” Raisya tarik
muka masam sambil membetulkan beg tangan di bahunya.
“Hey! You nak apa ni? Jangan nak memekak kat sini boleh tak?” Hakim
mendengus kasar.
Raisya terkejut mendengar suara
kasar Hakim. Pantas dia menjeling tajam kepada Hakim. “Oh, sekarang ni you dah berani nak tengking-tengking I. Kalau dulu, I tak nak dekat you, you terhegeh-hegeh
pikat nak berkawan dengan I.”
“Bila masa aku terhegeh-hegeh dekat
kau hah?!” Aju Hakim kasar. Direnung tajam Raisya yang tegedik-gedik
dihadapannya.
“Heyyy!! Berani you berkasar dengan I!”
Raisya membentak sambil menghentakkan kakinya.
“Aku penatlah nak melayan kerenah
kau ni!” Hakim berbicara perlahan sambil berlalu pergi.
Belum jauh Hakim melangkah, Raisya
memekik-memekik bagai orang gila. “Hey jantan! You jangan ingat I tak
nampak you pujuk rayu Amna dekat library tadi!”
Hakim terkejut mendengar kata-kata
Raisya. Segera dia menoleh dan melangkah kembali ke arah Raisya yang tak
habis-habis memaki dan menyumpahnya.
“Kalau aku pergi pujuk rayu Amna
pun, kau ada masalah ke?” Tanya Hakim dengan nada bengang. Ditenung tajam
Raisya yang masih tidak henti-henti memakinya.
“Yes!
I got problem! I benci Amna! You got it!” Raisya angkat kening.
Amarahnya kepada Hakim semakin menebal. Dia tidak sangka, Hakim akan
mempertahankan Amna. Raisya fikir Hakim hanya mempermainkan perasaan Amna namun
jangkaannya meleset. Hakim benar-benar sayangkan Amna dan Hakim hanya
mempermainkan perasaannya.
“I
tak nak you kaitkan Amna dengan
masalah kita! You got it!” Keras
amaran Hakim. Berundur setapak ke belakang Raisya tatkala Hakim menuding jari
ke arahnya.
“Kenapa pulak tak boleh?” Raisya
tetap ingin melawan.
“Because
she....” Hakim mati kata.
“Kenapa you diam? Jawablah!” Raisya seolah-olah mencabar Hakim.
“Amna is so special! She is not like you!” Bentak Hakim kuat.
“Apa yang membezakan I dengan Amna? Apa yang special sangat pada Amna tu?” Raisya
tidak puas hati.
“She
is not like you. She’s understanding. Dia….dia baik sangat…” Hakim menjawab
sayu. Dibuang jauh pandangannya ke arah Dewan Detar Putra yang terletak berhadapan
dengan Fakulti Kejuruteraan.
“Gosh!!
I hate you more!” Raisya berpaling dari Hakim. Terasa dirinya dibandingkan
dengan Nurain Amna. Sebelum ini, Hakim hanya memuji-mujinya malah Amna sentiasa
dicaci-cacinya. Katanya Amna, old school,
tak pandai bergaya sepertinya. Namun pada hari ini, Hakim memuji-muji Amna
pula. Sungguh pedih hatinya. Marahnya terhadap Hakim dan Amna membuak-buak.
“Benci I Raisya! But please, do not
disturb Amna. She’s not guilty at all.”
Sempat Hakim berpesan sebelum melangkah longlai meninggalkan Raisya.
“You....”
Raisya bengang. Hakim meninggalkannya begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!